Tuesday, February 9, 2010

Isu MB Perak

Hari ini Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan 5-0 bahawa DS Zambry adalah MB Perak yang sah, maka hendaklah DS Nizar berlapang dada menerima keputusan ini. Jangan mudah melenting kerana ini menampakkan thiqah yang rendah, iaitu bila mana keputusan berpihak kepada kita, kita akan tersenyum dan kata adil; dan sebaliknya jika tidak. Ini yang osama tak suka nim walaupun osama berjuang untuk menegakkan Islam di muka bumi ini dan amat suka bila PAS memerintah..tapi tak suka jika di Perak kerana ia bak pepatung sahaja...kalau berlawan undi dalam nak lulus sesuatu pun kalah, sekalipun MB orang PAS sedangkan exco lain ramai chee yer...

Bagi Osama, ada hikmah di sebalik kekalahan dan keputusan ini. Terima lah ia, sebab nanti di Kedah akan ada keputusan juga. Kalau kita dah label mahkamah sebegini, lepas ni jangan sesekali bawa kes ke mahkamah..itulah nasihat osama.

Sebagaimana kata Prof. Aziz Bari, jika DS Zamry diisytiharkan MB tak sah, ia akan menimbulkan persoalan ke atas keputusan-2 kerajaan yang dibuat setahun kebelakangan ini mengenai perbelanjaan negeri, bajet, keputusan tender dsb. Lagi pula, DS Zambry membawa bersamanya kepimpinan Melayu Islam sedangkan DS Nizar dibayangi DAP yang jelas kurang sensitif dengan Islam dan Melayu, seperti kata Karpal "over my dead body" jika nak laksanakan hudud...Osama tak suka benor dengan kata-2 sedemikian sekalipun jauh di sudut hati ini menyokong kuat PAS di negara ini..

Walaupun keputusan ini menjulang kuasa monarki, tidak mengapa. sebab memang di negara ini menerima dan mengamalkan sistem beraja...dalam hal ini, kita ibarat mentimun, digolek dan menggolek, kedua-duanya akan luka...jangan jadi seperti di Terengganu, sebab Sultan tidak suka, maka jawatan MB tidak merasa even dapat sokongan puluhan juta. Belajar la daripada sejarah kawan-2 di negeri lain. Tidak ke mana jika kita bertempik sakan, tapi tidak diperkenan Baginda, even diperkenan Allah...sebab kita nak yang Baginda punya, baik kejar yang Allah bagi Yang Maha Pemurah lagi Maha Adil...

Biar lah UMNO memerintah sehingga habis penggal ini. Jangan dipaksa bubar DUN pula, sebab itu bidangkuasa depa. Tumpukan buat masa ini dengan beribadat dan tugas pada keluarga. Kita dah berusaha dan setakat itu sahaja, maka cukup laa...kenapa tak yakin dengan perancangan Allah? Ilmu Allah Maha Luas atas sesuatu, baik dan buruk...pasrah dan redha dengan ketentuan. Itulah mereka yang bijak.

No comments: