Akhirnya BN menang di Hulu Selangor di mana wakilnya Kamal @ Alan @ Nathan @ Kamalanathan dinobatkan mengisi kerusi Ahli Parlimen P94. Kemenangan ini dicapai setelah:
- Seluruh media-massa dalam negara membantu bertungkus-lumus berkempen untuk BN siang dan malam, hingga dijemput menjadi tetamu dalam slot perdana,
- Para pemimpin tertinggi datang membawa janji dan wang ber-ringgit-ringgit untuk meluluskan itu ini, membaiki itu ini dan sebagainya,
- Pelbagai keperluan penduduk dipenuhi dalam masa 10 hari berbanding permohonan yang telah tertunggak bertahun-tahun sebelum ini,
- Seluruh jentera Kerajaan Persekutuan mengadakan masjlis perasmian bangunan-bangunan yang nampak baru dan menjamu rakyat dengan majlis ramah mesra dan makan percuma,
- Pengundi asal gagal mengundi setelah namanya telah dipotong kerana telah ada orang lain 'menolong'mengundi untuk beliau,
- Calon PKR didapati pernah meminum arak walaupun mendakwa telah bertaubat, manakala calon BN tidak mengapa jika minum hatta todi pun sebab dia tidak perlu bertaubat.
- Majoriti pengundi Melayu telah memilih BN pada kali ini di setiap kawasan majoriti Melayu tanpa mengira calon mereka bukan Melayu, apatah lagi beragama Hindu.
maka, syabas kepada BN atas kejayaan ini. Sememangnya BN patut dan wajar menang atas usaha dan sumbangan yang telah dilaksanakan ini. Jangan dinafikan kejayaan ini. Tahniah!
No comments:
Post a Comment